Dec 23, 2008

马青在马大华人档口一事只唱高调,不讲成效

马大亲学生阵线于1222日早晨8.30派出两名代表前往十二宿舍会见该舍舍监。他们是希门诺丁( 学生代表理事)及吴汉坤 (法律系),据了解,有关中餐档口的合约在六月间已经结束。与此同时,该舍监也说明合约是由马大财务处决定,宿舍方面只能推荐数个名单让财务处选择。

一般国立大学的合约主要有一些条例:

1)相关业主需向财政部注册

2)清真食品

3)符合卫生条例及其他

对于最近满城风雨的中餐档口一事,该舍监对于政客的言论感到非常委屈及遗憾。他也很大方的向亲学生阵线代表展示相关文件及证据。根据文件资料显示,该名舍监向马大财务处推荐原本的中餐档口为首选,原因是该档口的投标价为最高价。但是,该档口的业主名字及银行注册户口居然不同名字。这造成马大财务处选择另一家以低50令吉投标的档口。

该舍监也强调,马大已在投标标准上列明必须是中餐。同时,只要材料来源符合清真标准,有关档口的厨师可以是非回教徒。

经过调查后,本阵线希望马青团能够事先作出调查。身为执政党,马青应该拥有相关条例及资讯。对于马青炒作清真食品一事,本阵线感到非常纳闷。有关清真食品政策是政府多年前就已经制定了,在朝的马青理应非常了解及曾经参与制定该政策。我们建议马青与其在媒体炒作,倒不如在政府内部制定他们认为适合的政策。

马青的做法可说是不负责任及破坏马大名誉,我们希望该执政党能够透过制定政策来一劳永逸的解决此问题以保障学生的福利。最后,马大亲学生阵线呼吁政府公开招标过程及提高透明度。任何决策应该事先咨询学生的意见。

马大亲学生阵线

Tindakan Pemuda MCA adalah tidak wajar

Pada 22 Disember 2008, pukul 8.30 pagi, Pro-Mahasiswa UM telah menghantar delegasi mereka untuk berjumpa dengan Pengetua Kolej Kediaman 12, Profesor Mohd Sahar Bin Yahya bagi isu gerai makanan ala cina di kolej kediaman tersebut.

Delegasi Pro Mahasiswa UM diwakili Mohamad Hilman Nordin dan Goh Han Koon. Menurut maklumat yang kami perolehi, tender operasi gerai tersebut telah tamat pada bulan Jun 2008. Semua tender  gerai di Universiti Malaya perlu medapat kelulusan daripada Bahagian Bendahari UM.

Syarat untuk mendapat tender operasi di UM adalah berikut:

a) Perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan

b) Mesti makanan Halal

c) Mematuhi piawai kesihatan dan lain-lain lagi

Pengetua kolej ke-12 juga berasa amat kesal terhadap sikap sesetengah ahli politik yang cuba menghebohkan isu ini sehingga menjadi isu perkauman. Beliau juga menunjukkan bukti-bukti yang berkaitan kepada delegasi Pro Mahasiswa . Pihak kami mendapati pihak kolej telah mencadangkan gerai masakan ala cina yang asal sebagai pilihan utama disebabkan gerai tersebut dapat menawarkan wang sewaan yang tertinggi iaitu RM 500 berbanding syarikat lain yang Cuma tawar RM 450. Walaubagaimanapun, didapati akaun kewangan dan pemilik syarikat gerai tersebut adalah dimiliki oleh orang yang berlainan. Oleh yang sedemikian, Bahagian Bendahari UM telah menolak permohonan syarikat tersebut walaupun mereka menawarkan harga sewa tertinggi.

Pengetua kolej juga berkata bahawa pihak universiti telah meletakkan syarat bahawa tender bagi gerai itu mestilah masakan ala cina dan adalah tidak menjadi isu jika makanan di gerai tersebut dimasak oleh tukang masak bukan Islam asalkan bahan-bahan masakan terdiri daripada bahan yang halal.

Selepas siasatan daripada Pro Mahasiswa UM, pihak kami mencadangkan Pemuda MCA supaya membuat siasatan terlebih dahulu dan sebagai salah sebuah parti komponen dalam Kerajaan, Pemuda MCA sepatutnya mempunyai sumber maklumat yang asal.  Tindakan Pemuda MCA menuduh pentadbiran UM menutup gerai tersebut atas alasan menjual makanan tidak halal tidak berasas.  Penjualan makanan halal di dalam universiti sememangnya merupakan polisi kerajaan setelah sekian lama.  Pemuda MCA sepatutnya lebih memahami polisi tersebut dan menyelesaikan masalah ini di dalam mesyuarat jabatan kerajaan yang berkaitan.

Kami dari Pro Mahasiswa UM melihat tindakan Pemuda MCA adalah tidak wajar dan  memburukkan nama baik UM . Kami menyeru Pemuda MCA menyelesaikan masalah ini dengan pihak yang berkaitan demi kepentingan dan kebajikan mahasiswa.  Akhir sekali, pihak kami berharap kerajaan mengamalkan sistem tender yang telus dan terbuka serta menghormati pandangan mahasiswa dalam sebarang keputusan yang membawa kesan terhadap mahasiswa.

Pro Mahasiswa UM

One Responses to "马青在马大华人档口一事只唱高调,不讲成效"